CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

17 February, 2009

ULANGTAHUN


Hari ini iaitu bersamaan dengan 17 Februari 2009 adalah ulang tahun ku yang ke 39 tahun. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati kehidupan yang diberi oleh Nya. Tapi tahun ini pertama kali aku menyambutnya tanpa kembarku. Arwah sudah pun kembali ke rahmatullah tujuh bulan yang lalu akibat kanser payudara dan hati. Semalam aku menerima sms dr anak sulung arwah untuk ucapan ulangtahun. Awal pagi pulak dapat panggilan telefon dr anak bongsu arwah untuk ucapan ulangtahun. Aku tahu betapa mereka merindui mama yg dicintainya.

Kek ulangtahunku

Lebih kurang pukul 2.30 ptg suamiku pergi mengambil anak2 di sekolah. Rupa-rupanya mereka terus ke kedai kek...untuk membeli kek ulang tahunku. Inilah rupa kek yang dipilih oleh anak-anakku yang sudah pun dirancang dari awal lagi.


Permandangan dari atas kek

Ribuan terima kasih ku ucapkan buat suami dan anak-anakku kerana adakan sebiji kek untuk ulangtahunku ini.

DOA BUAT ARWAH

ALLAHYARHAMMAH HAJJAH MARINI

Termenung aku seketika
Mengenang engkau yang tiada
Hanya mampu ku ucapkan doa
Buatmu jauh di alam sana

Aku redha dgn ketentuan Nya
Pemergianmu atas qada dan qadar
Sudah tujuh bulan engkau bersemadi
Semoga ditempatkan bersama orang2 beriman

Aku disini menghitung hari
Mencari jalan kebenaran dengan pasti
Pertama kali ku sambut uangtahun ini
Tanpa mu disisi

Ya, Allah kuatkan semangat dan imanku
Agar dapat ku tempuhi semua ini.

AMIN

AL-FATIHAH BUAT MU..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN PENTADBIR ALAM, YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, PEMERINTAH HARI KIAMAT, HANYA ENGKAU YANG KAMI SEMBAH DAN HANYA ENGKAU YANG KAMI MOHON PERTOLONGAN, TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG BETUL, IAITU JALAN ORANG YANG ENGKAU ANUGERAHI NIKMAT KE ATAS MEREKA ITU BUKAN JALAN ORANG YANG DIMURKAI KE ATAS MEREKA ITU DAN BUKAN JALAN MEREKA YANG SESAT.

AMIN.

16 February, 2009

Main Layang-Layang

Dah hampir 2 bulan blog ni tak ada cerita. Tak ada idea dan mood untuk aku mencoretkan sepatah dua kata walaupun banyak juga peristiwa yg aku lalu dalam tempoh itu.
Waktu dan dikala ini aku terbuka hati nak adakan satu cerita...iaitu bermain layang-layang bersama dengan keluarga di Taman Tasik Taiping pada cuti minggu.

Suami ku menaikkan layang-layang..

Sewaktu balik ke kampung pada cuti Thaipusam minggu lepas..kami ke Pendang iaitu rumah kakak ipar aku..semasa perjalanan balik kami singgah ditepi jalan untuk membeli layang-layang yg dijual ditepi jln. Anak bongsu lelaki yang sorang tu sibuk minta kat abahnya...'nak layang-layang'...


Syamimi 'Arifah asyik bermain..

Kami membeli dua buah layang-layang. Di Taiping tempat yg sesuai bermain ialah di Taman Tasik Taiping yg berdekatan dgn Sekolah Menengah Hua Lian. Tempat tu lapang..
senang untuk layang-layang naik tinggi. Mula-mula sekali suamiku yang menaikkan kedua2 layang-layang tu. Kemudian barulah anak2 perempuan yang lain berebut nak kemudikan layang2 tu. Itulah kali pertama pengalaman anak2 bermain dengan seronok sekali.

Muhammad Zafri ( anak lelaki tunggal )

Beriadah bersama keluarga bermain layang-layang adalah pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan buat kami sekeluarga. Insyaallah.

Syamimi 'Arifah dgn layang2nya


Sahira Afifah mengemudi layang-layang dgn rambut ikal mayangnya ditiup angin

24 December, 2008

Cuti sekolah....

Pertengahan bulan Disember...aku teleh pergi menjemput anak buah yg telah pun berada di kampung...mereka tinggal di JB dan datang ke kampung pada awal cuti persekolahan iaitu pertengahan bulan November lalu...tujuan aku menjemput mereka kerana ingin membawa mereka jalan-jalan kat Taiping nie..lagipun si Ainin anak bongsu arwah nak bermanja dengan aku...

Kebetulan kakak ipar aku pun nak ikut mai jalan2 kat Taiping nie...kami sempat pi ke Zoo Taiping, berkelah di pantai Teluk Senangin berdekatan dengan Sitiawan...menu kami pada pagi tu agak banyak la jugak. Aku dan Kak Zu sempat memasak sedikit bekal untuk di bawa. Menu kami ialah gulai ikan tenggiri, ayam masak kicap, udang sambal petai, sayur campuq, ikan cencaru belah belakang sumbat inti sambai dan agar2 gula merah....dah lama aku tak berendam kat laut..mula2 aku fobia la jugak dengan suasana air laut..bukan apa teringat TSUNAMI yg melanda tak lama dulu...lama-kelamaan bila aku lihat abang aku terjun... aku pun mula memberanikan diri untuk meredah air laut yang agak bergelora ketika itu...seronok la jugak...sambil memerhatikan anak2 yang asyik bermain pasir ketika itu...

Keesokkan harinya iaitu dari awal pagi lagi aku mula memasak sarapan untuk keluarga abang Musni yang bersiap untuk pulang...dan dalam perancangan sebelum nie nak bawa balik bersama anak buah 3 orang tu ke kampung...tapi si Ainin tak mahu balik lagi..katanya nak tinggal lama sikit kat Taiping nie...aku pun tak kisah dengan keputusan si Ainin...apasalahnya sekali sekala bertukar angin...selama ni mereka bertiga hanya bersendiri kat JB selain dengan bapak dia orang...sebelum mai Taiping nie pun mereka dah lama ada kat Kuala Kedah...jadi dengan keputusan itu abang dan Kak Zu pun ubah pelan...nak tinggal sehari lagi kat Taiping...aku pun mengajak mereka pergi berkelah di air terjun Burmese Pool, berdekatan dengan kaki Bukit Larut...Apalagi anak2 buah aku pun merasa seronok...berendam kat dalam sungai sampai tak mau balik...kalau tak silap la dok kat sungai tu sampai 3 jam lebih...



ira dan boboy
berdekatan
kandang gajah



12 November, 2008

Cuti-cuti Malaysia

Tanggal 1 November 2008..aku bersama keluarga telah pergi ke Cameron Highland iaitu destinasi percutian yang aku idamkan selama hayat ku ini...aku berasa amat gembira bila sampai di sana...apatah lagi waktu pertama kalinya merasa perbezaan cuaca di tanah tinggi Cameron.Sewaktu aku berumur 18 thn aku telah di bawa pergi ke Bukit Fraser bersama saudara yang tinggal di Subang Jaya. Cuaca di situ lebih kurang sama dengan Cameron tapi suasana di Bukit Fraser sunyi sedikit...sesuai untuk pengunjung yang ingin rehatkan minda dari kesibukan bekerja.Berbalik kepada cerita Cameron Highland...awal pagi sabtu 1 Nov aku bertolak ke sana. Sampai di Simpang Pulai sepupu aku yang tinggal di Sitiawan telah sampai terlebih dulu. Sampai saja di situ kami pun mula bergerak menuju ke Cameron. Tiba di sana lebih kurang tengahari..tapi cuaca dengan angin sepoi-sepoi bahasa menegak bulu roma ku..dingin sekali.Kami terus ke destinasi untuk bermalam iaitu di apartment Puncak Arabella, Tanah Rata. Apartment tu telah di booking oleh Khairil 2 minggu sebelum tu.Kami naik ke apartment di tingkat 2...segala kelengkapan ada iaitu astro, dapur dan perkakas untuk memasak.Istimewanya disitu..tak ada aircon pun...cuaca sejuk mcm ada aircond.Selepas melawat apartment tu..kami keluar mencari kedai makan..perut pun dah rasa lapar..selesai makan kami pergi melawat sekitar Brincang dan Tanah Rata. Petang pulak sempat pergi minum teh di ladang teh Bharat. Permandangannya amat indah sekali.Kat sini ada gambar untuk dikongsi bersama...


Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket

Pengalaman pahit dan manis

Hari akhir persekolahan bulan Jun yang lalu iaitu hari Jumaat...aku dan keluarga telah bertolak ke kajang..kebetulan aku dapat jemputan kahwin dari jiran lama di kajang pada hari sabtu..selesai makan aku singgah di rumah seorang lagi sahabat untuk tumpang solat...kemudian aku pun bertolak ke Johor. Setibanya di tol Kajang, suami aku pun menghulurkan kad touch & go..lebih kurang 2 kilometer selepas itu malang pun tak berbau...cermin kereta kami pecah retak seribu..mungkin cuaca amat panas di luar.
Suami aku pun memperlahankan kereta dan terus menuju ke tol Bangi.

Nasib baik semua anak2 dalam keadaan yang terkawal dan selamat..syukur alhamdulillah...nak diringkaskan lagi...cermin kereta itu dapat dipasang pada hari itu juga. Sebelum waktu maghrib aku pun bertolak ke JB. aku tiba di JB pada pukul 11.35 malam. Aku lihat wajah anak2 buah aku yg baru kehilangan ibu menjadi ceria. Betapa gembira nya mereka menanti ketibaan aku. Lebih2 lagi si Ainin yang bongsu.

Keesokkan hari..di awal pagi aku bersiap untuk pergi menziarahi pusara arwah kakak kembar aku. Aku pergi dengan anak2 arwah. Kami membaca surah Yassin dan mensedekahkan al-fatihah buat arwah dengan diiringi doa. Sempat juga aku bergambar di sisi pusara arwah.

Tengahari selesai makan dan solat aku dan keluarga serta anak2 arwah pergi ke pasaraya untuk membeli belah baju raya anak2 arwah. Mungkin ini dapat meringankan tugas abang ipar aku dalam memilih pakaian anak2nya.

Disebelah malam pula aku menerima jemputan dari saudara sekampung yang tinggal di Taman Bukit Tiram untuk makan malam. Setelah selesai makan kami berbual-bual.
Lebih kurang pukul 11.00 malam barulah kami pulang.

Keesokkan hari iaitu hari Isnin aku bersiap untuk pulang ke Taiping. Aku tidak boleh tinggal lama2 disebabkan suami aku yang sibuk dengan kerja2nya. Sewaktu aku bersiap pada pagi itu suami aku menerima panggilan telefon bahawa dia terpaksa bertugas di Kajang pada keesokkannya iaitu hari Selasa dan Rabu. Jadi aku terpaksa bermalam di sana dan menumpang tidur di rumah saudara yang terletak di Bandar Mahkota Cheras selama dua malam.

Pada hari Selasa malam aku telah pergi ke USJ Subang Jaya untuk menziarah emak saudara yang baru lepas menjalani pembedahan mata. Pada hari Rabu malam aku bertolak pulang ke Taiping. Tepat pukul 12 tengah malam aku tiba di Taiping.

Betapa penat dan letihnya aku setelah beberapa hari berada dalam perjalanan yang tidak akan aku lupakan ini.

Tinggal kenangan...

genap empat bulan pemergian kakak kembar ku ke rahmatullah..
dan meninggalkan banyak kenangan suka duka kami berdua maupun bersama keluarga..
Walaupun kami tidak dibesarkan bersama-sama tetapi naluri kami tetap sama.

Sewaktu mak aku lepas pantang bersalin tok aku pun mengambil dan membela aku
dari kecil hingga lah sampai dewasa. Kediaman mak aku pun tak berjauhan dari kediaman tok aku. Semua perbelanjaan sekolah di tanggung oleh bapak aku sepenuhnya. Cuma aku menumpang membesar bersama tok dan wan aku. Jadi aku membesar tanpa arwah kakak ku di sisi..namun kami selalu berjumpa.

Di kala kami membesar banyak persamaan dalam diri kami...tatkala sakit maka dua2 pun merasa kesakitannya.......
Di pendek kan cerita sewaktu aku ingin melahirkan anak dulu..kebetulan arwah kakak kembar ku pun berbadan dua juga...bila aku merasa kesakitan sewaktu ingin bersalin arwah kakak ku pun terasa juga....

Ingin aku mengimbas kembali..sewaktu aku habis persekolahan dulu, kami mencari haluan sendiri..aku ke Kuala Kubu Baru iaitu rumah emak saudara kami dan arwah pulak ke Klang iaitu rumah sepupu kami. Nak di jadi kan cerita semasa aku berada di Kuala Kubu Baru...aku telah pergi ke pasar malam dan membeli sepasang sandal.
Setelah kami pulang ke kampung aku dapati sandal yg aku beli itu serupa dengan sandal arwah kakak ku. Arwah kakak ku telah membeli di Klang. Padahal waktu itu tiada perancangan dari kami berdua.