05 July, 2010
02 September, 2009
Kuih Tradisional
Harini dah masuk hari ke-12 kita berpuasa.....Alhamdulillah. Kebetulan sewaktu menyambut kedatangan bulan ramadhan ini, aku telah pulang ke kampung pd 21hb Ogos . Pulang untuk menyambut bersama-sama dgn famili di sana. 1 Ramadhan jatuh pd hari Sabtu bersamaan 22hb Ogos. Aku dan famili sempat sahur bersama-sama. Pd hari pertama kita berpuasa, aku sempat pergi ke Pekan Rabu, Alor Setar untuk membeli sedikit buah tangan buat org Taiping. Di sini ada gambar kuih2 tradisional yg sempat aku snap.
Posted by Marina at 8:16 AM 3 comments
15 July, 2009
Pulut durian...
Petang smlm iaitu hari Selasa bersamaan dgn 14hb Julai 2009, aku mengukus pulut. Pulut tu khas utk di makan bersama durian.
Posted by Marina at 9:30 AM 1 comments
12 July, 2009
Jalan-jalan cari makan (durian)
Harini Ahad bersamaan 12 Julai 2009, aku dan famili pergi Selama, Perak. Jauh perjalanan dari Taiping kira-kira sejam jugak la. Cuaca pagi ni hujan, kami keluar rumah lebih kurang pukul 10 pagi. Suami aku membawa aku dan anak2 pergi melihat lihat kawasan perkelahan di Air Hitam, Batu Kurau.

Air Hitam, Batu Kurau, Perak
bersama anak2..tepi sungai
bersama suami tersayang..
di tepian sungai
Muhammad Zafri (boboy)
Sahira Afifah
Syasya Athirah (bertudung) Syamimi 'Arifah
Di bawah ini ada gambar-gambar semasa di dusun durian. Waktu ni selepas makan di rumah member suami. Lepas kenyang boleh kutip bawa pulang pulak...alhamdulillah..rezeki.
Dusun durian di Kg. Bayor, Selama, Perak.
Buah-buah durian
durian fresh lagi nih...baru luruh
durian lagi..Posted by Marina at 8:46 PM 9 comments
30 June, 2009
Honeymoon di langkawi..
Awal tahun 1991 pergi honeymoon kedua di Langkawi. Berkesempatan membeli pinggan mangkuk kat sana. Ada kenangan sewaktu di sana..
Posted by Marina at 9:43 PM 4 comments
Honeymoon di Singapura....
Kenangan manis berbulan madu tak dapat dilupakan. Disini ada beberapa keping gambar.
Posted by Marina at 9:22 PM 3 comments
Koleksi pokok orkid...dulu2
Kat sini ada beberapa keping gambar lama koleksi pokok2 orkid. Sekarang pokok2 tu hanya tinggal pasu saja. Baru berjinak2 nak didik kembali pokok orkid. Ada 8 pasu sekarang ni. 10 tahun lepas pernah tanam sehingga 22 pasu semuanya. Gambar2 ni adalah hasil bunga orkid 10 tahun lalu.
Posted by Marina at 9:04 PM 2 comments
Award dari Ayuni....
Terima kasih along a.k.a ayuni.....kerana sudi bagi award ni kat maktam...:)
http://ayuniazlan.blogspot.com/
http://ayuniazlan.blogspot.com/
Posted by Marina at 8:33 PM 0 comments
Kenangan di rumah lama "zaman pemerintahan Inggeris"
Teringat aku akan gambar2 lama yang tersimpan dalam album. Maka terkeluar lah....kenangan2 yg tak dapat dilupakan. Memori terpahat di setiap keping gambar yang di ambil pd sekitar awal tahun 2002. Iaitu rumah kerajaan Penjara Taiping(kuarters).Rumah ini telah berusia lebih dari 100 tahun lalu. 

Selesa sbb ruang dalam rumah mmg luas dan keadaan cuaca di situ amat dingin sekali. Terutama pada waktu malam... bersesuaian dengan cuaca Taiping yg selalu hujan. Sekarang hanya tinggal tapak sahaja. Kalau tak silap tahun 2007 rumah itu telah pun di robohkan kerana telah uzur dek zaman. Disini boleh lah lihat sekeping dua gambar yg dapat di jadikan memori.



Posted by Marina at 8:00 PM 2 comments
17 February, 2009
ULANGTAHUN
Hari ini iaitu bersamaan dengan 17 Februari 2009 adalah ulang tahun ku yang ke 39 tahun. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati kehidupan yang diberi oleh Nya. Tapi tahun ini pertama kali aku menyambutnya tanpa kembarku. Arwah sudah pun kembali ke rahmatullah tujuh bulan yang lalu akibat kanser payudara dan hati. Semalam aku menerima sms dr anak sulung arwah untuk ucapan ulangtahun. Awal pagi pulak dapat panggilan telefon dr anak bongsu arwah untuk ucapan ulangtahun. Aku tahu betapa mereka merindui mama yg dicintainya.
Kek ulangtahunkuLebih kurang pukul 2.30 ptg suamiku pergi mengambil anak2 di sekolah. Rupa-rupanya mereka terus ke kedai kek...untuk membeli kek ulang tahunku. Inilah rupa kek yang dipilih oleh anak-anakku yang sudah pun dirancang dari awal lagi.
Permandangan dari atas kekRibuan terima kasih ku ucapkan buat suami dan anak-anakku kerana adakan sebiji kek untuk ulangtahunku ini.
Posted by Marina at 5:29 PM 1 comments
DOA BUAT ARWAH
Termenung aku seketika
Mengenang engkau yang tiada
Hanya mampu ku ucapkan doa
Buatmu jauh di alam sana
Aku redha dgn ketentuan Nya
Pemergianmu atas qada dan qadar
Sudah tujuh bulan engkau bersemadi
Semoga ditempatkan bersama orang2 beriman
Aku disini menghitung hari
Mencari jalan kebenaran dengan pasti
Pertama kali ku sambut uangtahun ini
Tanpa mu disisi
Ya, Allah kuatkan semangat dan imanku
Agar dapat ku tempuhi semua ini.
AMIN
Mengenang engkau yang tiada
Hanya mampu ku ucapkan doa
Buatmu jauh di alam sana
Aku redha dgn ketentuan Nya
Pemergianmu atas qada dan qadar
Sudah tujuh bulan engkau bersemadi
Semoga ditempatkan bersama orang2 beriman
Aku disini menghitung hari
Mencari jalan kebenaran dengan pasti
Pertama kali ku sambut uangtahun ini
Tanpa mu disisi
Ya, Allah kuatkan semangat dan imanku
Agar dapat ku tempuhi semua ini.
AMIN
AL-FATIHAH BUAT MU..
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN PENTADBIR ALAM, YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, PEMERINTAH HARI KIAMAT, HANYA ENGKAU YANG KAMI SEMBAH DAN HANYA ENGKAU YANG KAMI MOHON PERTOLONGAN, TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG BETUL, IAITU JALAN ORANG YANG ENGKAU ANUGERAHI NIKMAT KE ATAS MEREKA ITU BUKAN JALAN ORANG YANG DIMURKAI KE ATAS MEREKA ITU DAN BUKAN JALAN MEREKA YANG SESAT.
AMIN.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN PENTADBIR ALAM, YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, PEMERINTAH HARI KIAMAT, HANYA ENGKAU YANG KAMI SEMBAH DAN HANYA ENGKAU YANG KAMI MOHON PERTOLONGAN, TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG BETUL, IAITU JALAN ORANG YANG ENGKAU ANUGERAHI NIKMAT KE ATAS MEREKA ITU BUKAN JALAN ORANG YANG DIMURKAI KE ATAS MEREKA ITU DAN BUKAN JALAN MEREKA YANG SESAT.
AMIN.
Posted by Marina at 9:29 AM 3 comments
16 February, 2009
Main Layang-Layang
Dah hampir 2 bulan blog ni tak ada cerita. Tak ada idea dan mood untuk aku mencoretkan sepatah dua kata walaupun banyak juga peristiwa yg aku lalu dalam tempoh itu.
Waktu dan dikala ini aku terbuka hati nak adakan satu cerita...iaitu bermain layang-layang bersama dengan keluarga di Taman Tasik Taiping pada cuti minggu.
Waktu dan dikala ini aku terbuka hati nak adakan satu cerita...iaitu bermain layang-layang bersama dengan keluarga di Taman Tasik Taiping pada cuti minggu.
Sewaktu balik ke kampung pada cuti Thaipusam minggu lepas..kami ke Pendang iaitu rumah kakak ipar aku..semasa perjalanan balik kami singgah ditepi jalan untuk membeli layang-layang yg dijual ditepi jln. Anak bongsu lelaki yang sorang tu sibuk minta kat abahnya...'nak layang-layang'...
Kami membeli dua buah layang-layang. Di Taiping tempat yg sesuai bermain ialah di Taman Tasik Taiping yg berdekatan dgn Sekolah Menengah Hua Lian. Tempat tu lapang..
senang untuk layang-layang naik tinggi. Mula-mula sekali suamiku yang menaikkan kedua2 layang-layang tu. Kemudian barulah anak2 perempuan yang lain berebut nak kemudikan layang2 tu. Itulah kali pertama pengalaman anak2 bermain dengan seronok sekali.
senang untuk layang-layang naik tinggi. Mula-mula sekali suamiku yang menaikkan kedua2 layang-layang tu. Kemudian barulah anak2 perempuan yang lain berebut nak kemudikan layang2 tu. Itulah kali pertama pengalaman anak2 bermain dengan seronok sekali.
Beriadah bersama keluarga bermain layang-layang adalah pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan buat kami sekeluarga. Insyaallah.
Posted by Marina at 9:29 AM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)



















