CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

17 February, 2009

ULANGTAHUN


Hari ini iaitu bersamaan dengan 17 Februari 2009 adalah ulang tahun ku yang ke 39 tahun. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati kehidupan yang diberi oleh Nya. Tapi tahun ini pertama kali aku menyambutnya tanpa kembarku. Arwah sudah pun kembali ke rahmatullah tujuh bulan yang lalu akibat kanser payudara dan hati. Semalam aku menerima sms dr anak sulung arwah untuk ucapan ulangtahun. Awal pagi pulak dapat panggilan telefon dr anak bongsu arwah untuk ucapan ulangtahun. Aku tahu betapa mereka merindui mama yg dicintainya.

Kek ulangtahunku

Lebih kurang pukul 2.30 ptg suamiku pergi mengambil anak2 di sekolah. Rupa-rupanya mereka terus ke kedai kek...untuk membeli kek ulang tahunku. Inilah rupa kek yang dipilih oleh anak-anakku yang sudah pun dirancang dari awal lagi.


Permandangan dari atas kek

Ribuan terima kasih ku ucapkan buat suami dan anak-anakku kerana adakan sebiji kek untuk ulangtahunku ini.

DOA BUAT ARWAH

ALLAHYARHAMMAH HAJJAH MARINI

Termenung aku seketika
Mengenang engkau yang tiada
Hanya mampu ku ucapkan doa
Buatmu jauh di alam sana

Aku redha dgn ketentuan Nya
Pemergianmu atas qada dan qadar
Sudah tujuh bulan engkau bersemadi
Semoga ditempatkan bersama orang2 beriman

Aku disini menghitung hari
Mencari jalan kebenaran dengan pasti
Pertama kali ku sambut uangtahun ini
Tanpa mu disisi

Ya, Allah kuatkan semangat dan imanku
Agar dapat ku tempuhi semua ini.

AMIN

AL-FATIHAH BUAT MU..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN PENTADBIR ALAM, YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, PEMERINTAH HARI KIAMAT, HANYA ENGKAU YANG KAMI SEMBAH DAN HANYA ENGKAU YANG KAMI MOHON PERTOLONGAN, TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG BETUL, IAITU JALAN ORANG YANG ENGKAU ANUGERAHI NIKMAT KE ATAS MEREKA ITU BUKAN JALAN ORANG YANG DIMURKAI KE ATAS MEREKA ITU DAN BUKAN JALAN MEREKA YANG SESAT.

AMIN.

16 February, 2009

Main Layang-Layang

Dah hampir 2 bulan blog ni tak ada cerita. Tak ada idea dan mood untuk aku mencoretkan sepatah dua kata walaupun banyak juga peristiwa yg aku lalu dalam tempoh itu.
Waktu dan dikala ini aku terbuka hati nak adakan satu cerita...iaitu bermain layang-layang bersama dengan keluarga di Taman Tasik Taiping pada cuti minggu.

Suami ku menaikkan layang-layang..

Sewaktu balik ke kampung pada cuti Thaipusam minggu lepas..kami ke Pendang iaitu rumah kakak ipar aku..semasa perjalanan balik kami singgah ditepi jalan untuk membeli layang-layang yg dijual ditepi jln. Anak bongsu lelaki yang sorang tu sibuk minta kat abahnya...'nak layang-layang'...


Syamimi 'Arifah asyik bermain..

Kami membeli dua buah layang-layang. Di Taiping tempat yg sesuai bermain ialah di Taman Tasik Taiping yg berdekatan dgn Sekolah Menengah Hua Lian. Tempat tu lapang..
senang untuk layang-layang naik tinggi. Mula-mula sekali suamiku yang menaikkan kedua2 layang-layang tu. Kemudian barulah anak2 perempuan yang lain berebut nak kemudikan layang2 tu. Itulah kali pertama pengalaman anak2 bermain dengan seronok sekali.

Muhammad Zafri ( anak lelaki tunggal )

Beriadah bersama keluarga bermain layang-layang adalah pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan buat kami sekeluarga. Insyaallah.

Syamimi 'Arifah dgn layang2nya


Sahira Afifah mengemudi layang-layang dgn rambut ikal mayangnya ditiup angin