CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

30 June, 2009

Honeymoon di langkawi..

Awal tahun 1991 pergi honeymoon kedua di Langkawi. Berkesempatan membeli pinggan mangkuk kat sana. Ada kenangan sewaktu di sana..

Honeymoon di Singapura....

Kenangan manis berbulan madu tak dapat dilupakan. Disini ada beberapa keping gambar.

Bersama suami tercinta di Bukit Batuk, Singapura (Nov 1990)


Di Pantai Lido, Johor Bahru

Koleksi pokok orkid...dulu2

Kat sini ada beberapa keping gambar lama koleksi pokok2 orkid. Sekarang pokok2 tu hanya tinggal pasu saja. Baru berjinak2 nak didik kembali pokok orkid. Ada 8 pasu sekarang ni. 10 tahun lepas pernah tanam sehingga 22 pasu semuanya. Gambar2 ni adalah hasil bunga orkid 10 tahun lalu.









Siapa kenal kanak-kanak ini...?

Bila aku selongkar album2 lama....aku telah terjumpa beberapa keping gambar kanak-kanak. Sekarang kanak-kanak itu mungkin berusia sekitar awal 20-an. Sesiapa empunya diri gambar ini sila komen dalam blog saya.

Anak sapa la ni..??



Award dari Ayuni....

Terima kasih along a.k.a ayuni.....kerana sudi bagi award ni kat maktam...:)

http://ayuniazlan.blogspot.com/









Kenangan di rumah lama "zaman pemerintahan Inggeris"

Teringat aku akan gambar2 lama yang tersimpan dalam album. Maka terkeluar lah....kenangan2 yg tak dapat dilupakan. Memori terpahat di setiap keping gambar yang di ambil pd sekitar awal tahun 2002. Iaitu rumah kerajaan Penjara Taiping(kuarters).Rumah ini telah berusia lebih dari 100 tahun lalu.
Selesa sbb ruang dalam rumah mmg luas dan keadaan cuaca di situ amat dingin sekali. Terutama pada waktu malam... bersesuaian dengan cuaca Taiping yg selalu hujan. Sekarang hanya tinggal tapak sahaja. Kalau tak silap tahun 2007 rumah itu telah pun di robohkan kerana telah uzur dek zaman. Disini boleh lah lihat sekeping dua gambar yg dapat di jadikan memori.

17 February, 2009

ULANGTAHUN


Hari ini iaitu bersamaan dengan 17 Februari 2009 adalah ulang tahun ku yang ke 39 tahun. Aku bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati kehidupan yang diberi oleh Nya. Tapi tahun ini pertama kali aku menyambutnya tanpa kembarku. Arwah sudah pun kembali ke rahmatullah tujuh bulan yang lalu akibat kanser payudara dan hati. Semalam aku menerima sms dr anak sulung arwah untuk ucapan ulangtahun. Awal pagi pulak dapat panggilan telefon dr anak bongsu arwah untuk ucapan ulangtahun. Aku tahu betapa mereka merindui mama yg dicintainya.

Kek ulangtahunku

Lebih kurang pukul 2.30 ptg suamiku pergi mengambil anak2 di sekolah. Rupa-rupanya mereka terus ke kedai kek...untuk membeli kek ulang tahunku. Inilah rupa kek yang dipilih oleh anak-anakku yang sudah pun dirancang dari awal lagi.


Permandangan dari atas kek

Ribuan terima kasih ku ucapkan buat suami dan anak-anakku kerana adakan sebiji kek untuk ulangtahunku ini.